Got this interesting article...I'm sure most of you had known the story but it's a suprise to me to know the reason of his action (have'nt got the chance to know the latest news while in Indonesia)..
Zizou, Zizou, Zizou: Islamophobia di padang bola
Maszlee Malik
"Zidane was the magician in the game." Pele
"Zidane is one of the greatest players in history" Franz Beckenbauer
"Zidane…You are a virtuoso, a genius of world football. You are also a man of the heart, of commitment, of conviction, and that's why France admires and loves you" Chirac (Presiden Peranchis).
"Zizou for president" , Penyokong-penyokong pasukan bolasepak Peranchis
" Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merakamkan setinggi penghargaan kepada ketua pasukan bolasepak Perancis, Zinedine Zidane yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia 2006 di Jerman kali ini", Harakahdaily (13/7/2006)
... (some of uninteresting paragraph being removed)
Walau bagaimanapun di akhir kejohanan Mondeal tersebut saya telah dikejutkan dengan satu insiden yang besar. Bukanlah kekalahan Peranchis yang memeranjatkan saya, tetapi insiden berbau "Islamiphobia" yang berlaku di pandang bola Berlin. Insiden yang telah menyebabkan kapten pasukan bolasepak Peranchis, Zinadene Zidane telah diprovokasi dengan pelbagai ucapan berbau perkauman dan islamiphobic oleh pemain Itali, Marco Materazzi. Provokasi tersebut telah mengundang tindak balas agresif dari Zidane yang telah menghantukkan kepalanya ke dada Materazzi. Natijahnya, beliau telah dikenakan kad merah, hanya 10 minit sebelum perlawanan akhir Mondeal itu berakhir.
Pihak media pada mulanya telah menyalahkan Zidane yang dikecam sebagai "panas baran" dan "hilang akal". Akhirnya kesemua tuduhan yang dilemparkan senyap apabila Zidane telah muncul membela dirinya di dalam kenyataan akhbar yang mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa. Zidane telah menjustifikasikan tindakannya itu kerana bertindak balas terhadap cacian Materazzi terhadap ibunya dan saudara perempuannya. Zidane, walau bagaimanapun menafikan kenyataan salah sebuah akhbar anti-perkauman di Paris yang mengatakan Materazzi telah melabel Zidane sebagai "Terrorist" (pengganas) lantas membuatkan beliau naik angin.
Pakar membaca gerakan bibir dan forensik dari Britain, Jessica Rees di dalam kenyataan beliau kepada akhbar The Times mengatakan, Materazzi sememangnya telah membuat kenyataan perkauman tersebut. Menurut Rees, Materazzi telah mengatakan bahawa Zidane adalah "son of a terrorist whore" (anak kepada pelacur pengganas). Rees menambah lagi, setelah mengamati video makian Materazzi itu berkali-kali, beliau juga mendapati bahawa Materazzi telah menucapkan juga "so just f*** off' for good measure" (Pergi berambus lebih baik). Kenyataan Rees ini telah disokong oleh pelbagai pihak. Antara mereka yang menyokong adalah akhbar "The Daily Mail" dan juga akhbar "The Independent". Para penyokong dan peminat bolasepak seluruh dunia pun agak bersetuju dengan pendapat ini.
Apa yang dapat kita simpulkan di sini?
Setiap orang berhak membuat analisa mereka yang tersendiri. Setiap orang mempunyai persepsi mereka yang tersendiri. Apa yang pasti, insiden tersebut telah mencerminkan wajah sebenar dunia masakini. Materazzi dan Zidane hanyalah dua aktor yang meneruskan skrip yang sama diulang dan ditayangkan oleh aktor-aktor lain. Skrip yang agak monotenous ini merupakan satu wajah yang dipaksakan kepada penduduk dunia. Skrip tersebut malangnya bertemakan "Islamiphobia". Tidak kiralah samada yang mengucapkan itu Materazzi, atau Pat Paterson, atau Jerry Farewell, atau Bush, ataupun para kartunis Jyllen Posten. Kesemuanya membawa mesej yang sama...Islamiphobia. Ide dan propaganda zaman kegelapan (medievel) Eropah kini muncul kembali. Kemunculannya kali ini agak lebih agresif dan lebih global. Lebih parah, propaganda Islamiphobia alaf ini turut sama menyerang tanah air umat Islam dan masyarakat Islam itu sendiri.
Jika insiden yang menimpa Zizou itu berlaku di Eropah, ianya dimaklumi. Jika ianya dikeluarkan oleh Materazzi, ianya juga maklum. Jika yang membawa racun-racun Islamiphobia itu adalah para orator Kristian Evangelist juga, ianya agak maklum. Namun, jika ianya berlaku di Malaysia sendiri, dikeluarkan oleh mereka yang dilahirkan oleh seorang ibu yang Muslim, ataupun dikeluarkan oleh non-Muslim di tanah air yang dinobatkan sebagai Negara Islam Hadhari...apakah ianya boleh diterima?
Inilah hakikat yang melanda tanah air kita dewasa ini. Media berbahasa Inggeris semakin berani menampakkan belang "Islamiphobic" mereka. Segala berita dan kenyataan yang berbau Islam akan diwarnakan dengan grafiti-grafiti yang negatif. Kenyataan berat sebelah pihak yang berbau Islamiphobic akan mendapat liputan meluas dan akan disensasikan. Kenyataan balas yang lebih rasional dan mematahkan hujah mereka yang prejudis akan di"khatan"kan. Akhirnya kenyataan balas, akan dilihat dengan hambar, lesu dan kadang-kadang sengaja diprovokasikan. Fenomena inilah yang telah dibawa oleh Muslim Profesional Forum kepada pihak media dan pihak berkuasa. Persoalan yang sering dipersoalkan oleh MPF, "Mengapakah Islamiphobia begitu ketara di dalam media di Malaysia?"
Uniknya Islamiphobia di Malaysia ini, ianya diperjuangkan oleh orang Melayu sendiri. Tidak kiralah jenama dan ideologi apa yang mereka tonjolkan, namun mesejnya adalah sama. Islam tidak patut lebih diistimewakan di Malaysia. Islam mesti tunduk kepada kehendak rakyat dan juga tuntutan non-nuslim. Umat Islam tidak berhak mendapat kedudukan istimewa di Malaysia, begitu juga dengan agama Islam dan undang-undang Islam. Para ilmuan Islam tidak berhak untuk campurtangan di dalam urusan kehidupan. Islam perlu diubah menurut kehendak nafsu. Islam perlu mengiktiraf "kebenaran" agama lain. Islam tidak perlu lagi!
Samada yang membawanya itu berlogokan "hak asasi manusia", "hak untuk murtad", "kebebasan beragama", "Pluralisme aqidah (dan bukan sosial)", "liberal", "feminisme" dan apa-apa sahaja, ianya tetap menjayakan agenda "Islamiphobia".
Persoalan yang patut kita fikirkan, "Kemanakah "Zidane" di Malaysia ini untuk memperjuangkan hak Islam dan umat Islam?". Jikalaulah Zidane sanggup dilayangkan kad merah demi mempertahankan maruah ibunya, tidak adakah Zidane di Malaysia ini untuk mempertahankan Islam?
Viva la Zizou!
RESPECT YOU ZIDANE...