Friday, June 16, 2006

Agama dalam sehari dua ini sungguh mengelirukan

I got this interesting article from saifulislam.blogspot.com. I had edited some part of it, to read the full article, please click the link below;
http://saifulislam.blogspot.com/2006/06/aku-salafi-anak-muridku-bagaimana.html

PERANG DI KOLEJ

Banyak kolej yang saya hadir, pelajar yang mahu kepada Islam asyik berbalah tentang baca Yasin tu syar’ie atau tidak, tetapi mereka ‘syok sendiri’. Mereka terlupa bahawa pelajar yang Khamis malam Jumaatnya penuh dengan clubbing adalah lebih ramai dari yang mempertahankan Yasin Khamis malam Jumaat tersebut.

Apabila timbul di internet, atau majalah, isu-isu yang berkaitan dengan MANHAJ, maka kita selalu menemui ulasan bahawa isu ini semakin hangat dibicarakan di kampus! Walhal yang membincangkannya hanya 20% sahaja, sedangkan yang 80% langsung tidak ambil tahu dan lebih berminat untuk bertelanjang. Maksud saya, menelanjangkan diri dari agama, kerana agama amat mengelirukan dalam sehari dua ini.

Kita bincang secara terbuka isu-isu khusus yang hanya layak disertai oleh mereka yang sudah ada asas usrah, kuliah, dan tamrin. Kita sangkakan isu itu besar dan bertaraf nasional. Antaranya adalah isu UMMAH CENTRIC dan JAMAAH CENTRIC. Sedangkan 80% pembaca, pemerhati, dan mereka yang berada di sekitar kampus, tidak tahu hujung dan pangkal perbincangan.

Di manakah relevannya masyarakat pelajar seperti ini diajak kepada perbincangan tentang mazhab, salaf dan khalaf, ketika mana mereka sendiri tidak pasti sejauh manakah mereka perlukan Tuhan dalam hidup ini?

Sukar untuk saya mengungkaikan soalan tersebut, tetapi saya cuba menyuluhnya dari sudut yang biasa saya gunakan iaitu isu SIKAP.

Ya, guru-guru sama ada yang bermanhaj salaf atau khalaf ramai yang ghairah mengajar fakta tetapi lupa mengajar SIKAP. Akhirnya pendirian salaf dan khalaf tercemar oleh SIKAP yang menjelekkan sama ada oleh guru mahu pun anak muridnya.

Ramai yang bermati-matian mempertahankan hukum Isbal, memakai pakaian di atas buku lali dengan penuh kekasaran dan kesombongan. Mereka terlupa yang kesombongan mereka itu sama seperti golongan bangsawan Arab yang melabuhkan pakaian untuk menonjolkan kekasaran dan kesombongan yang sama. Manhaj bertukar, sikap masih sama.

Jangan lupa, 80% remaja kita mengambil keputusan untuk bertelanjang. Mereka menelanjangkan diri dari agama, kerana agama dalam sehari dua ini sungguh mengelirukan.

The above script just a small part of the article. I recommended all of you to read the whole article. It's quite interesting because I think the issue that was brought up really related with my life as a student in KISAS. As an introduction, KISAS is a renowned boarding school where there's a lot of Ulama' in Malaysia studied there. That's is a long time ago where the students that entered the school have a very strong basic knowledge about Islam hence the Islamic approach in KISAS totally able to met their objectives.

However, nowadays the student that entered KISAS, not all of them have a strong basic in Islam and the best example is Me. My qualification to entered KISAS is just an extra subject that is Arabic Language but they treat us as if we have a degree in Syariah. They talk about a lot of thing such as Khalifah, endless debate about Mazhab, Wahabi, Jemaah and Ummah. But they forget that some of us really lack of basic maybe all those things may not stick in our head if the basics were not polished. And that what happened to me and some of my friends and when we finished our studies from KISAS and all those knowledge seems to slip out from my mind and I feel that I'm no different from others (although I got A LOT of pressure only because I'm from KISAS) and I'm afraid that I may not be able to be a good example to others that think we are the one who supposed to be the 'SAINT' only because we're from a religious school.

The message that I want to put across via this article is the approach to dakwah is not by reinforcing all those big matters about Islam but first to pay attention on all those small things that really determine whether we turn up to be GOOD MUSLIM.

Jangan lupa, 80% remaja kita mengambil keputusan untuk bertelanjang. Mereka menelanjangkan diri dari agama, kerana agama dalam sehari dua ini sungguh mengelirukan.

That's all, I really hope you guys will read the article. It's worth your time.

~Bye~
Salam



5 Comments:

Blogger Unknown said...

berat mata memandang..berat lagi topic ni..uuuuuuuuu~ nak jadi ustaz ke..lupe ke manisha cakap ape?/

5:12 PM  
Blogger AHanifKhan said...

Aku tak kesah sangat pasal undang2...yang aku geram tu care die layan kite...adeke patut die cakap macam tu kat mak die..menangis mak budak tuh...

5:17 PM  
Blogger men said...

well said! kudos :P

10:46 PM  
Blogger Jay Baharin said...

tu la masalah yg melanda umat islam kita ni...kita sibuk membandingkan sape lagi islam and sape kurang islam...kita sibuk cari salah silap org dr memahami konsep islam yg sebenarnya...masyarakat islam hari ni terlalu prejudis sesama sendiri...islam kini seolah dibina atas ketakutan kita terhadap "sesuatu" dan bukan kepada Allah...

4:54 PM  
Blogger AHanifKhan said...

wow jay bukan main mengomen...terkezut aku hehehhe...

5:04 PM  

Post a Comment

<< Home